Saturday, December 15, 2007

Sweet time conversation...

20:45 (Shah Alam, Malaysia) - 15:45 ( Doha, Qatar) / December 14, 2007

Semalam aku start chatting dgn oly awal coz oly nak sangat tengok daniea. lebih kurang 8.45pm aku online dgn oly.... seronok tak terhingga daniea bila dapat tengok muka ayah dia yang cute tu.... dia kata kat aku... " muka ayah bulat umie..." hihihi aku rasa sama ajek kot cuma oly zoom muka dia dekat sangat tu yang nampak besar dan bulat tu.... lama juga daniea menunjukkan aksi-aksi kelakar dia pada ayah dia. aku seronok lihat oly terhibur melihat anak dia. aku faham akan perasaan oly yang sangat merindui daniea... macam masa aku kat shanghai dulu, aku sangat rindukan dia masa tu dia baru berumur satu tahun. Hari ini aku tak chat ngan oly coz kesian kat oly nak pergi cc setiap hari so hari nie turn kita org ber sms aje. sebelum aku tido nanti aku akan call.... miz u so much hubby....

Wednesday, December 12, 2007

Al-Fatihah

Sesungguhnya hari nie genap 11 tahun usia pemergian arwah ayah oly (bapa mertuaku). Tak lupa aku berpesan kepada oly untuk baca tahlil dan sedekah ke atas roh ayah dia selepas solat magrib nanti.

Al-Fatihah

Tuesday, December 11, 2007

A Longing To Be Free

Setelah 11 hari tidak melihat wajah suami kesayanganku, dan semalam pada pukul 9.45pm oly call aku tapi aku tak angkat coz aku tengah dalam bilik air. so oly call mama dan pesan kat aku suruh online internet. after keluar bilik air mama sampaikan pesanan oly. aku terus on machintosh aku dan online internet hihihi maxis broadband laju ajek cuma kekadan fire fox aku nie ajek yang problem nak connect dah upgrade pun sama ajek. tak sampai 30 saat aku buka terus Gmail aku dan terus chat dengan oly.... aku still tak puashati setakat chat macam tu ajek.... pastu oly cadangkan suruh aku download YM coz ada webcam. so aku tak berlengah terus download. lebih kurang 10 minit aku dah berjaya download then register nickname. aku terus bertukar chat dengan oly dari gmail chat ke ym pulak. tetiba aku terima webcam dari oly.... wah! i can see my honey bunny cute hubby there.... aku pun on aku punyer webcam..... seronak aku pada malam tu dapat berchatting sambil tengok muka masing-masing cuma tak leh dengar suara ajek coz mac punyer tak de icon untuk call.... emmm whatever i'm so happy dan terhibur dengan aksi wajah cute oly tu.... hihihi tak sabo nak tunggu oly beli komputer sendiri dapatlah setiap malam chat dgn dia. coz now depending on his lucky coz cc kat sana terhad always full.



:// Oh! ya 11/12/2007 cuti hari keputeraan sultan selangor so cuti lah bagi sesiapa yang keje kat selangor. dan tak ketingalan jugak birthday adik aku Taupek yang ke 18th. dah remaja dah adik aku nie ek. dengan perasan dia kata "Fu-yoh besday topek orang selangor semua cuti...hihihi"..... ek el le perasan lak budak nie

Thursday, December 6, 2007

Speacial Song for My Hubby

I'm The Lucky one - anuar zain

ku persembahkan satu cita ku
setulus hati hanyalah untukmu
dan ku lakukan semampu aku
untuk menyayangimu
hingga kau merasa jadi pujaanku

meski bercinta
kadang tak indah
tapi untuk buktikan
kau yang terindah
dan ku pastikan
I'm the lucky one
nikmati cinta
lebih dari segalanya

jiwaku dulu
yang tak tersentuh
kini terasa
sejak bersamamu
berikan hangat
hingga ku tak mampu
untuk jauh dari mu
kerana kau yang bisa
buat ku bahagia

meski bercinta
kadang tak indah
tapi untuk buktikan
kau yang terindah
dan ku pastikan
I'm the lucky one
nikmati cinta
lebih dari segalanya

caramu membuat ku
tak berdaya
mata hatiku pun
ikut terjaga
kau ubah hidupku ini
jadi sempurna

meski bercinta
kadang tak indah
tapi untuk buktikan
kau yang terindah
dan ku pastikan
I'm the lucky one
nikmati cinta
I'm the lucky one
nikmati cinta
lebih dari segalanya